Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Monday, 31 December 2012

Happy New Year!

Hello everyone! happy new year!

Malam semalam ada ke yang pergi menyambut tahun baru sampai lewat malam? haha biasalah tu.
Bercakap pasal tahun baru, azam pun kenelah baru. Umur pun dah baru. kan? so persekolahan pun barulah. Walaupun Cikgu Fatin bukan lagi cikgu tetap di sini tapi bukan bermakna adik-adik semua malas pergi sekolah kan? ^^
Tahun 2013 tentu lebih menarik lagi berbanding tahun lepas. Persiapan banyak telah dibuat. Rancangan pengajaran tahunan sudah dicipta mantap. Tinggal nak melaksanakannya sahaja. Murid-murid kita umur 4 tahun sudah ada basic membaca kan? senang tahun ni boleh diteruskan sahaja. Cikgu Salmah pun makin mantap ilmu pendidikannya selepas pergi kursus JPNIN. Cikgu Amira sudah mempunyai internet di rumah. Boleh update blog selalu, tiada masalah. hehe~

Tetapi walau apa2pun, misi kami tetap sama. Iaitu mendidik murid menjadi khalifah yang sebenar2. Yang penting mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Pandai ilmu akademik pada masa yang sama tidak lupa tangungjawabnya kepada tuhan dan orang-orang sekeliling yang sepatutnya diberi perhatian. Walau senakal manapun mereka, INGAT! , mereka masih kecil dan masih mudah dibentuk. Bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya". Ibubapa dan guru perlu bersabar dalam mendidik anak-anak. Mereka itu suci. Tiada dosa. Otak seperti span yang mudah menyerap segala ilmu yang diberikan. Janganlah kita kerana marah, menghamburkan kata-kata kesat kepada mereka. meskipun masih kecil, tetapi mereka ada perasaan. Perasaan yang akan dibawa-bawa sehingga mereka besar. Dan keadaan itulah yang akan menentukan siapa mereka bila dewasa nanti. Sama seperti kes orang trauma. Oleh itu marilah kita bersama-sama mendidik mereka dengan cara yang sebetulnya. Pada tahun baru ini, mari kita sama-sama berazam untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan, bukan sahaja khas untuk murid di tadika ini sahaja, tetapi kepada seluruh kanak-kanak yang berhak mendapat pendidikan!

-Cg Fatin :)

Wednesday, 19 September 2012

Berita Hangat Hangit!

Assalamualaikum,

Tuan puan semua, ah hari Sabtu ni ada perjumpaan antara ibubapa dan guru kan?
Selamat bertemu semua. Ada cerita nak bagitaw. Huhu snarnya xmo citer. Mcm malu pun ada tapi demi kebaikan semua dan preparation penting untuk sye bgtaw semua ni.

Dukacitanya saya akan berdaftar di MSU pada 24/ 9 iaitu Isnin ini setelah semalam baru saja saya daftar. Oklah, jujurnya cerita amat panjang. Nanti perjumpaan boleh saya cerita dgn lebih lanjut. Kemudian, berkenaan hiasan tadika selain belum siap banyak lagi yang belum prepare seperti ketidakcukupan guru, xde idea. Saya harap dgn bantuan tuan-tuan dan puan-puan minta bekerjasama dengan Ustazah Wan menghias, mengemas dan membuat bahan PnP (utk tema) untuk tahun hadapan.

Owh3, sebenarnya masih terlalu banyak lagi yang hendak ftin lakukan. Oh yalah! buku nk disusun lagi untuk murid 4,5 dan 6. baru nak cari2 dan fotostat. Nak susun semula jadual dgn lebih teliti supaya tahun depan tak lagi kelam kabut mcm tahun ni. Nak push byk2 idea pengajaran pada semua guru2 di sana. Bukanlah nak kata fatin ni perfect pun. Tak perfect mana. Saya tahu berlambak cikgu lain yang lebih kreatif but at least murid2 kesayanganku tidak ketinggalan merasai semua jenis pengalaman pembelajaran.

Seterusnya kami desperate perlukan lagi seorang cikgu. Dan berkaitan dengan pendaftarannya lagi. Auhh!!

Kemudian kami akan bermesyuarat lagi sekali berkaitan hari graduasi budak2 nie. spesel taw kami buat. Tapi cam biasalah kami gabung dengan tadika lain yang sama dengan lawatan haritu. Sekarang ni kami (cikgu2) tgh pening nak latih persembahan budak2 tw. Yang paling susah nak mendisiplinkan mereka. Wah! sungguh..

tapi sepanjang pengalaman saya disini saya gembira sangat2. huhh x sangka things turn out like this. Saya tak pernah jangka akan ke MSU dan bla3. Tapi kesedihan cikgu mana boleh ditunjukkan pada mereka. hi2 oklah. Selamat tinggal semua. ada peluang kita pasti bertemu lagi.

Wednesday, 29 August 2012

RPT aka Rancangan Pengajaran Tahunan

Post ini ditujukan kepada semua guru-guru baru yang telah atau akan mengajar TKI. Memandangkan saya sentiasa dibelenggu dengan masalah ketiadaan idea untuk mengajar murid-murid TKI, ini merupakan salah satu kaedah popular yang saya pelajari, digunapakai oleh kebanyakan tadika-tadika di seluruh Malaysia.

Rancangan ini seharusnya telah siap sebelum sekolah dibuka lagi. Lagi beberapa contoh ABM, RPM dan RPH hanya akan disediakan di sekolah sahaja. ~mana ada orang post benda2 cmnie kat blog. Persaingan da!

 PLEASE DO NOT COPY MY WORK!

 EVEN IF YOU DO SO PLEASE CREDIT ME. THANK YOU.

Tuesday, 14 August 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum,

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru saja haritu cikgu sambut Raya tahu-tahu dah Raya!

Baiklah, sebelum itu cikgu tak boleh terus bergembira dan terus melupakan TKI kerana buka cuti nanti kami bercadang akan mengadakan sambutan Hari Raya dan pembelajaran bertemakan 'Kemerdekaan'. Oh, dah tentunya terlalu banyak aktiviti dan pembelajaran yang akan kami muatkan dalam jadual pengajaran harian kami.

Berikut adalah senarai aktiviti atau hari penting sepanjang penghabilan bulan Ogos:-

15/8 : Pemberian duit Raya kepada semua murid TKI
22/8 : Birthday Cikgu Fatin (tpi nmpk gayanya xdpt sambut sbb berhari Raya~)
27/8 : Sambutan Hari Raya di TKI
31/8 : Cuti Menyambut Kemerdekaan Negara
3/9   : Pertandingan mewarna + nyanyian lagu patriotik + kawat dan byk lagi aktiviti menarik.

Buka cuti nanti adalah minggu Kemerdekaan. Pertandingan mewarna dianjak pada Isnin depannya kerana hari Jumaat itu cuti Merdeka. Berkenaan Sambutan Hari Raya, sila pakai baju Raya dan bawa kuih raya masing-masing. Sambutan diadakan sama seperti sambutan-sambutan Hari Jadi yang lepas.

Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari saya..

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau senda, ada khilaf dan dosa.

Harap dimaafi segala-galanya.
Salam Aidilfitri dan mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Selamat berhari Raya semua dan Selamat bercuti!

*Membaca jangan tinggal! Siaplah spe merangkak2 buka cuti nanti. hehe~

Wednesday, 8 August 2012

Aktiviti Kad Raya tukar hari

Assalamualaikum,

Saya fikir saya nak tukar subjek seni dari hari selasa kpd hari jum ni minggu depan. Sebabnya ada kemungkinan besar ramai ponteng skolah next week. hahaha

So, fatin nak buat kad. Kepada semua murid TKI, boleh bawa alat tulis sendiri, stiker, pembalut hadiah tuk kad raya yg lebih cntik! ^^

Sekian

-Cikgu Fatin

Wednesday, 18 July 2012

Ramadhan Kembali Lagi!

Salam Ramadhan mubarak kepada semua!

Ya, akhirnya bulan mulia yang ditunggu-tunggu kembali lagi. Masa inilah peluang untuk kita menebus segala dosa yang terkumpul dan mengumpulkan sebanyak mungkin pahala.

Bercakap pasal bulan pose ni, Cikgu Fatin sekadar nak beritahu bahawa mulai Isnin depan (Ramadhan), tiada makan diwaktu rehat ya tuan puan. Kami tadika Islam hanya ingin mengajar mereka berpuasa setengah hari. Namun begitu tuan puan tidak perlu khuatir kerana kami tetap menyediakan biskut keping dan roti sekiranya mereka tidak tahan lapar. mereka juga boleh bawa bekal masing-masing.


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

Sunday, 8 July 2012

Event Lawatan

Assalamualaikum,


Dengan sukacitannya saya ingin memaklumkan bahawa pada Khamis ini bersamaan 12 hb 7, tadika kita bersama 2 buah lagi tadika lain (masih tidak ketahui namanya) akan bersama-sama mengadakan lawatan sambil belajar di Petrosains. 


Masih tidak diketahui jam berapa kita akan bertolak, bayaran RM50 seorang, makanan disediakan dan tertakluk kepada kelas Cerdik sahaja (murid 5 dan 6 tahun). Surat akan diedarkan esok kerana pada hari ini Pn Wan Noraini tidak dapat hadir ke tadika kerana terlalu sibuk menguruskan hal peribadi.


Saya berharap agar semua dapat menghadiri lawatan ini. Lebih seronok kalau ramai kawan yang pergi. Ramai geng tak lah kekok sangat.^^ Cikgu Fatin janji akan bagi button Hello Kitty pada setiap murid yang pergi. *Parent rahsiakannya pada anak tw. Cikgu nak wat surprise. :)




Wednesday, 27 June 2012

Story Mori Today! ^^



Assalamualaikum, 


Menu budak2 hari ni spesel Cikgu Fatin buat. Sayang betul 2 orang cikgu tak datang hari ni. Baru berniat nak bagi semua rasa. Ramai juga yang menambah tapi masih ada lebih. hahaha. Menu hari ini adalah PIZA! 
Yaa.. Tapi sayang hari ini saja dapat menu piza sebab mahal. Cik Wan nak kurangkan budget. Nasiblah cikgu ye. kalu nak lagi datanglah rumah cikgu Fatin. ^^

Hari ni juga set komputer sampai. sekali dengan printer. Dalam otak macam-macam boleh isi. hehehe..But cikgu2 jgn terlalu excited sangat. Semua kene belajar cara mengendalikan komputer dan penjagaan rapi ! ^^

Selain itu, kami masih dalam perbincangan mengenai aktiviti sukaneka. Aktiviti InsyaAllah akan diadakan pada sabtu ini. Saya harap segala urusan dapat diselesaikan dengan cepat dan senarai aktiviti beserta tarikh dan tempat boleh kami sampaikan pada tuan-tuan dan puan-puan dengan segera.


~ Cikgu Fatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...