-->

Tuesday 24 July 2012

"Cot and Tot". Huhhh??

Assalamualaikum,


Haiya! Its nice to meet you again. Today's lesson is English language + Visual Art. Have you heard about 'Read Easy' pre-reading books?? Well, we teach the word directly base on that books.


Today's word is "cot" and "tot", continuing from yesterday lesson. But it more on making a sentence using both words and 3 conjunction I just introduce to them (with Malay meaning) i.e "and", "on", and "a".


Then, when the art subject came, we make a box as a cot and stick the baby in the box after colour it.


Below are the steps on making a "cot and tot"


Beautiful rite? 
But let's sneak and peek whats do Bijak class do on an Art Lesson??



Hurm, I had no idea on what they are doing??

Wednesday 18 July 2012

Ramadhan Kembali Lagi!

Salam Ramadhan mubarak kepada semua!

Ya, akhirnya bulan mulia yang ditunggu-tunggu kembali lagi. Masa inilah peluang untuk kita menebus segala dosa yang terkumpul dan mengumpulkan sebanyak mungkin pahala.

Bercakap pasal bulan pose ni, Cikgu Fatin sekadar nak beritahu bahawa mulai Isnin depan (Ramadhan), tiada makan diwaktu rehat ya tuan puan. Kami tadika Islam hanya ingin mengajar mereka berpuasa setengah hari. Namun begitu tuan puan tidak perlu khuatir kerana kami tetap menyediakan biskut keping dan roti sekiranya mereka tidak tahan lapar. mereka juga boleh bawa bekal masing-masing.


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

Tuesday 17 July 2012

Lawatan ke Pusat Sains, Masjid Negara dan Planetarium

Assalamualaikum,

Lawatan ini adalah lawatan kali yang pertama dilakukan oleh tadika kita menggabungkan dua buah lagi tadika lain iaitu Tadika Muslim Intelek, BBST dan Tadika Permata Muslim, Nilai pada 12 Julai yang lalu.

Atas kekangan waktu dan kemalasan yang melanda, maka pada hari ini baru Cikgu Fatin dapat update tentang lawatan ni. Sememangnya hari tersebut sungguh meletihkan dan seronok! ^^

Kami datang awal jam 8 lagi dah sampai tadika. Tapi bertolak jam 10. Memang jenuh kami menunggu bas yang tak tiba-tiba.

 waktu menunggu bas

 Tiket masuk ke Taman Dinasour!
Merah:- Tadika Permata Muslim
Unggu:- Tadika Muslim Intelek

 Mula masuk Pusat Sains. Macam Akuaria daa..

 Dalam Pusat Sains ada Science Show. Clown tgh wt persembahan.

 View dari atas. Kami dah puas round2 kat bawah tue..

 Depan pintu Taman Dinasour.

 Luar Pusat Sains


 Masjid Negara


Permandangan KL di tingkat atas Planetarium.

Ada kuda di luar Planetarium

Lebih banyak gambar boleh dilihat di facebook kami -->http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.268609103244967&type=1

Sunday 8 July 2012

Event Lawatan

Assalamualaikum,


Dengan sukacitannya saya ingin memaklumkan bahawa pada Khamis ini bersamaan 12 hb 7, tadika kita bersama 2 buah lagi tadika lain (masih tidak ketahui namanya) akan bersama-sama mengadakan lawatan sambil belajar di Petrosains


Masih tidak diketahui jam berapa kita akan bertolak, bayaran RM50 seorang, makanan disediakan dan tertakluk kepada kelas Cerdik sahaja (murid 5 dan 6 tahun). Surat akan diedarkan esok kerana pada hari ini Pn Wan Noraini tidak dapat hadir ke tadika kerana terlalu sibuk menguruskan hal peribadi.


Saya berharap agar semua dapat menghadiri lawatan ini. Lebih seronok kalau ramai kawan yang pergi. Ramai geng tak lah kekok sangat.^^ Cikgu Fatin janji akan bagi button Hello Kitty pada setiap murid yang pergi. *Parent rahsiakannya pada anak tw. Cikgu nak wat surprise. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...