-->

Wednesday 23 May 2012

Selamat Hari Jadi - Adik Naufal

P/s:- Sorry. I made scrolling box so dats I can save blog space for a big photos. ^^
Enjoy ur reading..
Assalamualaikum,

Yeah, sekali lagi kita menyambut hari jadi murid Tadika Khalifah Iman. Bermakna ini adalah sambutan birthday kali yang ke-3 selepas Adik Iman Sufi dan Adik Alia Natasya.

Sebelum waktu rehat bermula, Umi Naufal datang bawa makanan dan goodies untuk semua. Inilah umi Naufal.


Lihatlah tu si Naufal siap bawa belon besar lagi. hehe~

Maka bermulalah sambutan Hari Jadi Adik Naufal.

♪ ♫  Happy birthday to you   ♪ ♫
♪ ♫  Happy birthday to you   ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to Naufal ♪ ♫
♪ ♫  Happy birthday to you   ♪ ♫


Yeah, kali ni kami berpeluang bergambar dengan semua guru-guru termasuk guru baru kita. ^^


Dan akhirnya saya, Cikgu Fatin berpeluang juga mengambil gambar Naufal bersama ibunya.



Sunday 20 May 2012

Suasana Hari Pertama Peperiksaan

Assalamualaikum,

Wah hari ini ialah hari pertama peperiksaan. Dan pertama kalinya juga mereka merasai suasana peperiksaan. Memandangkan nama kelas wajib diwujudkan atas arahan Pegawai PPD, jadi Cikgu Wan menamakan kelas murid ahun 5 dan 6 sebagai "Cerdik" dan 4 tahun sebagai kelas "Pintar".

Hari ini sepatutnya guru baru mula mengajar tapi mereka ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka seperti biasa saya, Cikgu Fatin dan Cikgu Amira sahaja yang bertungkus lumus memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.

Saya akan memegang kelas Cerdik sementara Cikgu Amira akan menjaga kelas Pintar.

Kelas Cerdik.
hehehe..elok jer nampak. kan?

Kelas Pintar.
Agak sukar dikawal. hehe..tapi mereka tetap boleh jawab. ^^


Thursday 17 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Assalamualaikum,

Minggu hadapan, anak anda akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Jadual telah saya edarkan pada semua namun saya tetap akan muat turun lagi jadual di sini.


Jangan lupa bawa alat tulis dan pensel warna sendiri di rumah.

Satu lagi maklumat baru iaitu pada minggu hadapan juga akan datang 2 orang guru baru lepasan STPM sebagai persediaan menggantikan saya, Cikgu Fatin setelah saya melanjutkan pelajaran semula untuk mengajar nanti. Mereka insyaAllah akan menjadi guru tetap di Tadika Khalifah Iman nanti.

Buat masa ini, jadual organisasi kami adalah seperti berikut:-



Friday 4 May 2012

Sambutan Hari Jadi - Adik Alia Natasya

Assalamualaikum,

Bersua kembali. Semakin hari semakin malas pula rasanya nak update blog. Hehehe..
Tambah pula hanya saya seorang saja yang mengendalikan blog ini. Di musim yang panas terik ini, memang hanya ingin bermalas-malasan saja. XD

Namun dengan tibanya hari jadi Alia, blog ini berisi semula.

Apa yang best, Alia bawa kek teddy bear yang sangat comel kat sekolah. Fluffy gitu. Sampaikan rasa sayang betul nak makan. hahaha

Sangat comel kan? ^^

Setelah masuk waktu rehat, maka sambutan hari jadi dimulakan.

♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to Alia ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫



Nak makan kena potong kek dulu.
Tapi disebabkan budak yang ramai, terpaksalah potong lebih banyak bahagian. hahaha, inilah masanya.
Apa lagi, kita sembelih dulu kepalanya. hahaha




Tapi apa yang sedih, Cikgu Fatin lupa nak masuk dalam gambar!! huhuhu~
Hehe tapi tak apelah. Lagipun Mama Alia dah tangkap gambar kami semua pagi tadi. Hehe..solutelah Mama Alia memang sporting! ^^

Akhir sekali, Cikgu Fatin ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan berita gembira kepada semua bahawa pada hari Rabu nanti, Cikgu Fatin akan pergi berkonvokesyen! Saya harap Cikgu Wan dapat mengendalikan pengajaran untuk murid berumur 4,5, dan 6 tahun serentak dengan baik. ^^


Silalah lawat blog Cikgu Fatin juga -->  Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...