-->

Sunday 20 May 2012

Suasana Hari Pertama Peperiksaan

Assalamualaikum,

Wah hari ini ialah hari pertama peperiksaan. Dan pertama kalinya juga mereka merasai suasana peperiksaan. Memandangkan nama kelas wajib diwujudkan atas arahan Pegawai PPD, jadi Cikgu Wan menamakan kelas murid ahun 5 dan 6 sebagai "Cerdik" dan 4 tahun sebagai kelas "Pintar".

Hari ini sepatutnya guru baru mula mengajar tapi mereka ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka seperti biasa saya, Cikgu Fatin dan Cikgu Amira sahaja yang bertungkus lumus memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.

Saya akan memegang kelas Cerdik sementara Cikgu Amira akan menjaga kelas Pintar.

Kelas Cerdik.
hehehe..elok jer nampak. kan?

Kelas Pintar.
Agak sukar dikawal. hehe..tapi mereka tetap boleh jawab. ^^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...