Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Sunday, 20 May 2012

Suasana Hari Pertama Peperiksaan

Assalamualaikum,

Wah hari ini ialah hari pertama peperiksaan. Dan pertama kalinya juga mereka merasai suasana peperiksaan. Memandangkan nama kelas wajib diwujudkan atas arahan Pegawai PPD, jadi Cikgu Wan menamakan kelas murid ahun 5 dan 6 sebagai "Cerdik" dan 4 tahun sebagai kelas "Pintar".

Hari ini sepatutnya guru baru mula mengajar tapi mereka ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka seperti biasa saya, Cikgu Fatin dan Cikgu Amira sahaja yang bertungkus lumus memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.

Saya akan memegang kelas Cerdik sementara Cikgu Amira akan menjaga kelas Pintar.

Kelas Cerdik.
hehehe..elok jer nampak. kan?

Kelas Pintar.
Agak sukar dikawal. hehe..tapi mereka tetap boleh jawab. ^^


Thursday, 17 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Assalamualaikum,

Minggu hadapan, anak anda akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Jadual telah saya edarkan pada semua namun saya tetap akan muat turun lagi jadual di sini.


Jangan lupa bawa alat tulis dan pensel warna sendiri di rumah.

Satu lagi maklumat baru iaitu pada minggu hadapan juga akan datang 2 orang guru baru lepasan STPM sebagai persediaan menggantikan saya, Cikgu Fatin setelah saya melanjutkan pelajaran semula untuk mengajar nanti. Mereka insyaAllah akan menjadi guru tetap di Tadika Khalifah Iman nanti.

Buat masa ini, jadual organisasi kami adalah seperti berikut:-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...