-->

Monday 31 December 2012

Happy New Year!

Hello everyone! happy new year!

Malam semalam ada ke yang pergi menyambut tahun baru sampai lewat malam? haha biasalah tu.
Bercakap pasal tahun baru, azam pun kenelah baru. Umur pun dah baru. kan? so persekolahan pun barulah. Walaupun Cikgu Fatin bukan lagi cikgu tetap di sini tapi bukan bermakna adik-adik semua malas pergi sekolah kan? ^^
Tahun 2013 tentu lebih menarik lagi berbanding tahun lepas. Persiapan banyak telah dibuat. Rancangan pengajaran tahunan sudah dicipta mantap. Tinggal nak melaksanakannya sahaja. Murid-murid kita umur 4 tahun sudah ada basic membaca kan? senang tahun ni boleh diteruskan sahaja. Cikgu Salmah pun makin mantap ilmu pendidikannya selepas pergi kursus JPNIN. Cikgu Amira sudah mempunyai internet di rumah. Boleh update blog selalu, tiada masalah. hehe~

Tetapi walau apa2pun, misi kami tetap sama. Iaitu mendidik murid menjadi khalifah yang sebenar2. Yang penting mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Pandai ilmu akademik pada masa yang sama tidak lupa tangungjawabnya kepada tuhan dan orang-orang sekeliling yang sepatutnya diberi perhatian. Walau senakal manapun mereka, INGAT! , mereka masih kecil dan masih mudah dibentuk. Bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya". Ibubapa dan guru perlu bersabar dalam mendidik anak-anak. Mereka itu suci. Tiada dosa. Otak seperti span yang mudah menyerap segala ilmu yang diberikan. Janganlah kita kerana marah, menghamburkan kata-kata kesat kepada mereka. meskipun masih kecil, tetapi mereka ada perasaan. Perasaan yang akan dibawa-bawa sehingga mereka besar. Dan keadaan itulah yang akan menentukan siapa mereka bila dewasa nanti. Sama seperti kes orang trauma. Oleh itu marilah kita bersama-sama mendidik mereka dengan cara yang sebetulnya. Pada tahun baru ini, mari kita sama-sama berazam untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan, bukan sahaja khas untuk murid di tadika ini sahaja, tetapi kepada seluruh kanak-kanak yang berhak mendapat pendidikan!

-Cg Fatin :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...