-->

Tuesday 17 April 2012

Sampul Surat Berhuruf Besar

Assalamualaikum,

Saudara saudari sekalian, setelah sekian lama akhirnya Cikgu Fatin kembali dalam blog tadika kita. Sebelum itu saya ingin meminta maaf sekiranya membuatkan anda tertunggu-tunggu post terbaru. Akhir-akhir ini saya sibuk dengan hal-hal peribadi, dan pengajaran banyak memfokuskan kepada membaca, menulis, mengira dan hafalan.

Tambahan, berita terbaru ialah tadika kita sekarang sedang mengalami perubahan ke arah memperbanyakkan bahan pengajaran. kami bertiga bersama-sama berusaha mencantikkan lagi tadika kami. Namun saya masih mengharapkan sumbangan dari anda jika sesiapa mahu menyumbangkan sebarang bentuk bahan pengajaran seperti flashcard, buku cerita, alat tulis dan seumpamanya.

Sampul Surat Berhuruf Besar


Bahan-nahan


1.Kertas A4 berwarna
2.Pensel warna
3.Gam


Langkah-langkah


1. Lipat 2 kertas berwarna. Jadikannya bentuk sampul surat.
2. Lekatkan bahagian tepi lipatan sampul dengan gam.
3. Tulis nama di sebelah dalam sampul.
4. Warnakan huruf yang telah cikgu lukis di bahagian luar sampul.






Bagi murid 4 tahun, mereka diajar cara membuat origami rumah.


Gambar sebenar tidak gelap. Hanya Cikgu Fatin tersalah set kamera. (*^▽^*) 



Semua kraf yang dibuat akan dilekatkan pada dinding kelas masing-masing sebagai bukan sahaja hiasan malah sebagai bahan pengajaran lain.

Thursday 5 April 2012

Mengecat Krayon Bentuk

Assalamualaikum,

Pada hari ini, buat pertama kalinya Cikgu Fatin melakukan aktiviti mengecat painting dalam subjek Matematik. Pada minggu yang lepas, saya telah pun mempelkenalkan 3 jenis bentuk asas dan 2 lagi bentuk tambahan dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris.

Saya dapati kebanyakan mereka agak sukar untuk mengingati istilah Inggeris terutamanya maka saya banyak menekankan istilah seperti square, circle, triangle, rectangle dan oval.

Memandangkan ini merupakan kali pertama aktiviti mengecat, jadi saya amat berjaga-jaga dan mengajar mereka satu per satu langkah mengecat dengan betul seperti cara memegang brush dengan betul, mengecat, teknik solekan dan penggunaan air. Anda tidak perlu risau tuan-tuan dan puan-puan kerana kami telah menyediakan apron sebagai langkah berjaga-jaga.
(Baju tue..~  ^ v ^ )

*Maaflah sebab hanya menggunakan plastik sampah baru sebagai apron. Kami tidak mampu untuk membeli peralatan yang jauh lebih baik.

Meskipun aktiviti ini kelihatan sukar, namun saya yakin anak tuan-tuan dan puan-puan mampu melakukannya. XD

Gambar ini diambil dari internet. Kononnya Cikgu Fatin berhajat nak buat beginilah. XD


Bahan/ alatan yang digunakan


1. Cat Buncho
2. Brusher
3. Apron
4. Pelapik meja
5. Kertas lukisan.
6. Kaler krayon.


Langkah-langkah


1. Lukiskan pelbagai bentuk menggunakan kaler krayon pelbagai warna.
2. Sapukan cat pada kertas lukisan sepenuhnya mengikut kreativiti masing-masing.


Mari kita lihat hasilnya!




Cantik kan?

Wednesday 4 April 2012

"What Plants Need" Activity

Assalamualaikum,

Have fun with science. What have we teach to your children?

Remember that we not highlight the science subject as a very hard and bored subject however it's a very fun subject to learn.
This week, I use a plant theme to teach them variety of plant's stuff such as the plants' part, what plants need, and so on.


So now, I'm going to make them explore the God (Allah) most beautiful creation and one of them should be The Plants!

EXPERIMENT STUFF 

What do we need??

1. Green bean.
2. A cup.
3. Cotton wool.
4. Water
5. Sunlight

STEP

1. Each pupils will be given a cup. Teacher named a cup with their name.
2. Teacher asked them to pick a cotton wool. Put the cotton wool in the cup.
3. Each pupils will be given a seeds (green bean). Put the seeds above the cotton wool.
4. Water the seeds.
5. Put the seed's cup outside the class so that the seeds get the sunlight.
6. Wait and see the result within 1 week.




*Soalan Ekstra
1. Pokok perlukan apa untuk hidup?
2. Pokok minum air melalui?
3. Pokok 'makan' cahaya matahari melalui?

Monday 2 April 2012

Kad "Lebah Mencari Madu bunga"

Assalamualaikum,

Pada waktu subjek Pend. Seni tadi, murid-murid telah membuat satu kad "Lebah Mencari Madu Bunga" yang cantik.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah: -

Kertas lukisan

Pensel warna

Gam

Gunting

Kertas berwarna

Cara-caranya: -

1. Lukiskan bentuk bulat untuk kepala lebah dan bujur untuk badan lebah pada kertas lukisan.

2. Warnakan bahagian tersebut.

3. lukiskan bentuk bunga pada kertas lukisan.

4. Warnakan.

5. Lipatkan kertas berwarna kepada 2 bahagian.

6.Lekatkan lebah disebelah kanan dan bunga di sebelah kiri.

7. Tulis perkataan "BEE" pada hadapan muka Kad Lebah.


Murid-murid sedang menggunting.
Guru-guru sangat perlu peka dengan tindak tanduk mereka dan perlu memantau aktiviti ini. Bagi murid-murid 4 tahun atau yang tidak pandai menggunakan gunting, guru akan membantu.

Murid-murid sedang gam kertas lukisan.

...

Akhirnya Siap!


Saya harap dengan aktiviti ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid mengenal hubungan antara lebah dan madu bunga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...