-->

Monday 2 April 2012

Kad "Lebah Mencari Madu bunga"

Assalamualaikum,

Pada waktu subjek Pend. Seni tadi, murid-murid telah membuat satu kad "Lebah Mencari Madu Bunga" yang cantik.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah: -

Kertas lukisan

Pensel warna

Gam

Gunting

Kertas berwarna

Cara-caranya: -

1. Lukiskan bentuk bulat untuk kepala lebah dan bujur untuk badan lebah pada kertas lukisan.

2. Warnakan bahagian tersebut.

3. lukiskan bentuk bunga pada kertas lukisan.

4. Warnakan.

5. Lipatkan kertas berwarna kepada 2 bahagian.

6.Lekatkan lebah disebelah kanan dan bunga di sebelah kiri.

7. Tulis perkataan "BEE" pada hadapan muka Kad Lebah.


Murid-murid sedang menggunting.
Guru-guru sangat perlu peka dengan tindak tanduk mereka dan perlu memantau aktiviti ini. Bagi murid-murid 4 tahun atau yang tidak pandai menggunakan gunting, guru akan membantu.

Murid-murid sedang gam kertas lukisan.

...

Akhirnya Siap!


Saya harap dengan aktiviti ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid mengenal hubungan antara lebah dan madu bunga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...