-->

Tuesday 14 August 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum,

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru saja haritu cikgu sambut Raya tahu-tahu dah Raya!

Baiklah, sebelum itu cikgu tak boleh terus bergembira dan terus melupakan TKI kerana buka cuti nanti kami bercadang akan mengadakan sambutan Hari Raya dan pembelajaran bertemakan 'Kemerdekaan'. Oh, dah tentunya terlalu banyak aktiviti dan pembelajaran yang akan kami muatkan dalam jadual pengajaran harian kami.

Berikut adalah senarai aktiviti atau hari penting sepanjang penghabilan bulan Ogos:-

15/8 : Pemberian duit Raya kepada semua murid TKI
22/8 : Birthday Cikgu Fatin (tpi nmpk gayanya xdpt sambut sbb berhari Raya~)
27/8 : Sambutan Hari Raya di TKI
31/8 : Cuti Menyambut Kemerdekaan Negara
3/9   : Pertandingan mewarna + nyanyian lagu patriotik + kawat dan byk lagi aktiviti menarik.

Buka cuti nanti adalah minggu Kemerdekaan. Pertandingan mewarna dianjak pada Isnin depannya kerana hari Jumaat itu cuti Merdeka. Berkenaan Sambutan Hari Raya, sila pakai baju Raya dan bawa kuih raya masing-masing. Sambutan diadakan sama seperti sambutan-sambutan Hari Jadi yang lepas.

Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari saya..

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau senda, ada khilaf dan dosa.

Harap dimaafi segala-galanya.
Salam Aidilfitri dan mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Selamat berhari Raya semua dan Selamat bercuti!

*Membaca jangan tinggal! Siaplah spe merangkak2 buka cuti nanti. hehe~

1 comment:

mama ety said...

selamat hari raya maaf zahir batin.....
bile dah cuti buku p0n cuti la tu gamaknya....hihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...