-->

Wednesday, 18 July 2012

Ramadhan Kembali Lagi!

Salam Ramadhan mubarak kepada semua!

Ya, akhirnya bulan mulia yang ditunggu-tunggu kembali lagi. Masa inilah peluang untuk kita menebus segala dosa yang terkumpul dan mengumpulkan sebanyak mungkin pahala.

Bercakap pasal bulan pose ni, Cikgu Fatin sekadar nak beritahu bahawa mulai Isnin depan (Ramadhan), tiada makan diwaktu rehat ya tuan puan. Kami tadika Islam hanya ingin mengajar mereka berpuasa setengah hari. Namun begitu tuan puan tidak perlu khuatir kerana kami tetap menyediakan biskut keping dan roti sekiranya mereka tidak tahan lapar. mereka juga boleh bawa bekal masing-masing.


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

Tuesday, 17 July 2012

Lawatan ke Pusat Sains, Masjid Negara dan Planetarium

Assalamualaikum,

Lawatan ini adalah lawatan kali yang pertama dilakukan oleh tadika kita menggabungkan dua buah lagi tadika lain iaitu Tadika Muslim Intelek, BBST dan Tadika Permata Muslim, Nilai pada 12 Julai yang lalu.

Atas kekangan waktu dan kemalasan yang melanda, maka pada hari ini baru Cikgu Fatin dapat update tentang lawatan ni. Sememangnya hari tersebut sungguh meletihkan dan seronok! ^^

Kami datang awal jam 8 lagi dah sampai tadika. Tapi bertolak jam 10. Memang jenuh kami menunggu bas yang tak tiba-tiba.

 waktu menunggu bas

 Tiket masuk ke Taman Dinasour!
Merah:- Tadika Permata Muslim
Unggu:- Tadika Muslim Intelek

 Mula masuk Pusat Sains. Macam Akuaria daa..

 Dalam Pusat Sains ada Science Show. Clown tgh wt persembahan.

 View dari atas. Kami dah puas round2 kat bawah tue..

 Depan pintu Taman Dinasour.

 Luar Pusat Sains


 Masjid Negara


Permandangan KL di tingkat atas Planetarium.

Ada kuda di luar Planetarium

Lebih banyak gambar boleh dilihat di facebook kami -->http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.268609103244967&type=1

Sunday, 8 July 2012

Event Lawatan

Assalamualaikum,


Dengan sukacitannya saya ingin memaklumkan bahawa pada Khamis ini bersamaan 12 hb 7, tadika kita bersama 2 buah lagi tadika lain (masih tidak ketahui namanya) akan bersama-sama mengadakan lawatan sambil belajar di Petrosains


Masih tidak diketahui jam berapa kita akan bertolak, bayaran RM50 seorang, makanan disediakan dan tertakluk kepada kelas Cerdik sahaja (murid 5 dan 6 tahun). Surat akan diedarkan esok kerana pada hari ini Pn Wan Noraini tidak dapat hadir ke tadika kerana terlalu sibuk menguruskan hal peribadi.


Saya berharap agar semua dapat menghadiri lawatan ini. Lebih seronok kalau ramai kawan yang pergi. Ramai geng tak lah kekok sangat.^^ Cikgu Fatin janji akan bagi button Hello Kitty pada setiap murid yang pergi. *Parent rahsiakannya pada anak tw. Cikgu nak wat surprise. :)




Friday, 29 June 2012

Acara Mini Sukan 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya ucapkan. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga kita jalankan satu aktiviti luar bilik darjah dengan jayanya meskipun kekurangan guru, pelajar dan budget. Saya amat yakin bahawa anak-anak murid ini berasa gembira dan baginya suatu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Saya dapat lihat reaksi kegembiraan di wajah mereka kerana sukan ini adalah yang kali pertama diadakan oleh tadika ini.

Sebelum itu, saya yakin pasti ramai yang tertanya-tanya dimana Cikgu Aisha. Dengan dukacitanya saya memaklumkan Cikgu Aisha juga telah berhenti semalam atas alasan tertentu. Namun begitu, ia bukanlah batu penghalang bagi kami untuk mejayakan program ini. Selain set up tempat, laporan juga sudah saya siapkan malah blog juga telah ber-update pada hari ini juga. ^^



 Pendaftaran

 Kehadiran ibubapa

 ucapan pengacara majlis oleh En. Firdaus, bapa Cikgu Fatin

 ucapan guru besar, Pn Wan Noraini






Lagi gambar telah dimuat turun dalam facebook kami (tekan gamabr f berwarna hijau disebelah). Terima kasih atas sokongan anda semua ke atas tadika ini dan bersyukur sekali lagi kerana akhirnya program ini berjalan dengan lancar.

Wednesday, 27 June 2012

Story Mori Today! ^^



Assalamualaikum, 


Menu budak2 hari ni spesel Cikgu Fatin buat. Sayang betul 2 orang cikgu tak datang hari ni. Baru berniat nak bagi semua rasa. Ramai juga yang menambah tapi masih ada lebih. hahaha. Menu hari ini adalah PIZA! 
Yaa.. Tapi sayang hari ini saja dapat menu piza sebab mahal. Cik Wan nak kurangkan budget. Nasiblah cikgu ye. kalu nak lagi datanglah rumah cikgu Fatin. ^^

Hari ni juga set komputer sampai. sekali dengan printer. Dalam otak macam-macam boleh isi. hehehe..But cikgu2 jgn terlalu excited sangat. Semua kene belajar cara mengendalikan komputer dan penjagaan rapi ! ^^

Selain itu, kami masih dalam perbincangan mengenai aktiviti sukaneka. Aktiviti InsyaAllah akan diadakan pada sabtu ini. Saya harap segala urusan dapat diselesaikan dengan cepat dan senarai aktiviti beserta tarikh dan tempat boleh kami sampaikan pada tuan-tuan dan puan-puan dengan segera.


~ Cikgu Fatin

Saturday, 16 June 2012

Logo tadika kita akhirnya tercipta!


Winter in the class??

Assalamualaikum,

Hello peeps! Today I will update about our project theme last week. It's all about "season" !!

What do you think about season in Malaysia?
Yes. You know that already. Summer all the time right? So hot everyday. Apart from that, we also have rainy day, and could be drought too if it too hot.

But do you think our kids will know the season outside the country?

Some of them may know about it, but some of them are not!
I wish to show them a movie about winter, spring and autumn but unfortunately we don't have those ABM (Alat Bantu Mengajar) include computer, LCD, CD Rom and so on. So I made up some fun activity for them. It's SNOW MAN !





All do we need is a piece of colourful paper, a polystyrene plate, sellotape, scissor, glue and a rope.

Finally, after they finish making their own snow man, teacher will taped their work on the wall.



Sneek peek~ "Autumn activity" - making an autumn tree



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...