-->

Wednesday, 27 June 2012

Story Mori Today! ^^



Assalamualaikum, 


Menu budak2 hari ni spesel Cikgu Fatin buat. Sayang betul 2 orang cikgu tak datang hari ni. Baru berniat nak bagi semua rasa. Ramai juga yang menambah tapi masih ada lebih. hahaha. Menu hari ini adalah PIZA! 
Yaa.. Tapi sayang hari ini saja dapat menu piza sebab mahal. Cik Wan nak kurangkan budget. Nasiblah cikgu ye. kalu nak lagi datanglah rumah cikgu Fatin. ^^

Hari ni juga set komputer sampai. sekali dengan printer. Dalam otak macam-macam boleh isi. hehehe..But cikgu2 jgn terlalu excited sangat. Semua kene belajar cara mengendalikan komputer dan penjagaan rapi ! ^^

Selain itu, kami masih dalam perbincangan mengenai aktiviti sukaneka. Aktiviti InsyaAllah akan diadakan pada sabtu ini. Saya harap segala urusan dapat diselesaikan dengan cepat dan senarai aktiviti beserta tarikh dan tempat boleh kami sampaikan pada tuan-tuan dan puan-puan dengan segera.


~ Cikgu Fatin

Saturday, 16 June 2012

Logo tadika kita akhirnya tercipta!


Winter in the class??

Assalamualaikum,

Hello peeps! Today I will update about our project theme last week. It's all about "season" !!

What do you think about season in Malaysia?
Yes. You know that already. Summer all the time right? So hot everyday. Apart from that, we also have rainy day, and could be drought too if it too hot.

But do you think our kids will know the season outside the country?

Some of them may know about it, but some of them are not!
I wish to show them a movie about winter, spring and autumn but unfortunately we don't have those ABM (Alat Bantu Mengajar) include computer, LCD, CD Rom and so on. So I made up some fun activity for them. It's SNOW MAN !





All do we need is a piece of colourful paper, a polystyrene plate, sellotape, scissor, glue and a rope.

Finally, after they finish making their own snow man, teacher will taped their work on the wall.



Sneek peek~ "Autumn activity" - making an autumn tree



Wednesday, 23 May 2012

Selamat Hari Jadi - Adik Naufal

P/s:- Sorry. I made scrolling box so dats I can save blog space for a big photos. ^^
Enjoy ur reading..
Assalamualaikum,

Yeah, sekali lagi kita menyambut hari jadi murid Tadika Khalifah Iman. Bermakna ini adalah sambutan birthday kali yang ke-3 selepas Adik Iman Sufi dan Adik Alia Natasya.

Sebelum waktu rehat bermula, Umi Naufal datang bawa makanan dan goodies untuk semua. Inilah umi Naufal.


Lihatlah tu si Naufal siap bawa belon besar lagi. hehe~

Maka bermulalah sambutan Hari Jadi Adik Naufal.

♪ ♫  Happy birthday to you   ♪ ♫
♪ ♫  Happy birthday to you   ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to Naufal ♪ ♫
♪ ♫  Happy birthday to you   ♪ ♫


Yeah, kali ni kami berpeluang bergambar dengan semua guru-guru termasuk guru baru kita. ^^


Dan akhirnya saya, Cikgu Fatin berpeluang juga mengambil gambar Naufal bersama ibunya.



Sunday, 20 May 2012

Suasana Hari Pertama Peperiksaan

Assalamualaikum,

Wah hari ini ialah hari pertama peperiksaan. Dan pertama kalinya juga mereka merasai suasana peperiksaan. Memandangkan nama kelas wajib diwujudkan atas arahan Pegawai PPD, jadi Cikgu Wan menamakan kelas murid ahun 5 dan 6 sebagai "Cerdik" dan 4 tahun sebagai kelas "Pintar".

Hari ini sepatutnya guru baru mula mengajar tapi mereka ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka seperti biasa saya, Cikgu Fatin dan Cikgu Amira sahaja yang bertungkus lumus memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.

Saya akan memegang kelas Cerdik sementara Cikgu Amira akan menjaga kelas Pintar.

Kelas Cerdik.
hehehe..elok jer nampak. kan?

Kelas Pintar.
Agak sukar dikawal. hehe..tapi mereka tetap boleh jawab. ^^


Thursday, 17 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Assalamualaikum,

Minggu hadapan, anak anda akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Jadual telah saya edarkan pada semua namun saya tetap akan muat turun lagi jadual di sini.


Jangan lupa bawa alat tulis dan pensel warna sendiri di rumah.

Satu lagi maklumat baru iaitu pada minggu hadapan juga akan datang 2 orang guru baru lepasan STPM sebagai persediaan menggantikan saya, Cikgu Fatin setelah saya melanjutkan pelajaran semula untuk mengajar nanti. Mereka insyaAllah akan menjadi guru tetap di Tadika Khalifah Iman nanti.

Buat masa ini, jadual organisasi kami adalah seperti berikut:-



Friday, 4 May 2012

Sambutan Hari Jadi - Adik Alia Natasya

Assalamualaikum,

Bersua kembali. Semakin hari semakin malas pula rasanya nak update blog. Hehehe..
Tambah pula hanya saya seorang saja yang mengendalikan blog ini. Di musim yang panas terik ini, memang hanya ingin bermalas-malasan saja. XD

Namun dengan tibanya hari jadi Alia, blog ini berisi semula.

Apa yang best, Alia bawa kek teddy bear yang sangat comel kat sekolah. Fluffy gitu. Sampaikan rasa sayang betul nak makan. hahaha

Sangat comel kan? ^^

Setelah masuk waktu rehat, maka sambutan hari jadi dimulakan.

♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to Alia ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫



Nak makan kena potong kek dulu.
Tapi disebabkan budak yang ramai, terpaksalah potong lebih banyak bahagian. hahaha, inilah masanya.
Apa lagi, kita sembelih dulu kepalanya. hahaha




Tapi apa yang sedih, Cikgu Fatin lupa nak masuk dalam gambar!! huhuhu~
Hehe tapi tak apelah. Lagipun Mama Alia dah tangkap gambar kami semua pagi tadi. Hehe..solutelah Mama Alia memang sporting! ^^

Akhir sekali, Cikgu Fatin ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan berita gembira kepada semua bahawa pada hari Rabu nanti, Cikgu Fatin akan pergi berkonvokesyen! Saya harap Cikgu Wan dapat mengendalikan pengajaran untuk murid berumur 4,5, dan 6 tahun serentak dengan baik. ^^


Silalah lawat blog Cikgu Fatin juga -->  Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...