Salam Ramadhan mubarak kepada semua!
Ya, akhirnya bulan mulia yang ditunggu-tunggu kembali lagi. Masa inilah peluang untuk kita menebus segala dosa yang terkumpul dan mengumpulkan sebanyak mungkin pahala.
Bercakap pasal bulan pose ni, Cikgu Fatin sekadar nak beritahu bahawa mulai Isnin depan (Ramadhan), tiada makan diwaktu rehat ya tuan puan. Kami tadika Islam hanya ingin mengajar mereka berpuasa setengah hari. Namun begitu tuan puan tidak perlu khuatir kerana kami tetap menyediakan biskut keping dan roti sekiranya mereka tidak tahan lapar. mereka juga boleh bawa bekal masing-masing.

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
No comments:
Post a Comment