-->

Friday, 4 May 2012

Sambutan Hari Jadi - Adik Alia Natasya

Assalamualaikum,

Bersua kembali. Semakin hari semakin malas pula rasanya nak update blog. Hehehe..
Tambah pula hanya saya seorang saja yang mengendalikan blog ini. Di musim yang panas terik ini, memang hanya ingin bermalas-malasan saja. XD

Namun dengan tibanya hari jadi Alia, blog ini berisi semula.

Apa yang best, Alia bawa kek teddy bear yang sangat comel kat sekolah. Fluffy gitu. Sampaikan rasa sayang betul nak makan. hahaha

Sangat comel kan? ^^

Setelah masuk waktu rehat, maka sambutan hari jadi dimulakan.

♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to Alia ♪ ♫
♪ ♫ Happy birthday to you ♪ ♫



Nak makan kena potong kek dulu.
Tapi disebabkan budak yang ramai, terpaksalah potong lebih banyak bahagian. hahaha, inilah masanya.
Apa lagi, kita sembelih dulu kepalanya. hahaha




Tapi apa yang sedih, Cikgu Fatin lupa nak masuk dalam gambar!! huhuhu~
Hehe tapi tak apelah. Lagipun Mama Alia dah tangkap gambar kami semua pagi tadi. Hehe..solutelah Mama Alia memang sporting! ^^

Akhir sekali, Cikgu Fatin ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan berita gembira kepada semua bahawa pada hari Rabu nanti, Cikgu Fatin akan pergi berkonvokesyen! Saya harap Cikgu Wan dapat mengendalikan pengajaran untuk murid berumur 4,5, dan 6 tahun serentak dengan baik. ^^


Silalah lawat blog Cikgu Fatin juga -->  Photobucket

4 comments:

mama rempit said...

s0rry anak² untie dpt bg cake jer....

FatinBunny said...

eh, dah banyak dah tue.
dak2 ni pun makan kek pun x abis. hehehe
byk sgt lebih. kek tu besar.

Thnx banyak2 tw Mama Ety. Kami para guru dan murid-murid sangat mengharigainya. :)

mama rempit said...

lepas ni fatin ngajar kat tadika lg ker tak??? byk improvement tasya yg sy nmpk... berkat didikan sume cikgu²

FatinBunny said...

owh..iyeker? wah Alhamdulillah. baguslah begitu. gembira saya mendengarnya.

owh, saya mengajar utk sementara sahaja. Akan ada guru baru lepasan STPM akan masuk nnty. Kami akan sama2 pergi kursus perguruan selama 2 minggu bersama Cikgu Wan. Kalau berjaya, insyaAllah saya akan sambung degree bln 9 nie. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...