-->

Monday, 31 December 2012

Happy New Year!

Hello everyone! happy new year!

Malam semalam ada ke yang pergi menyambut tahun baru sampai lewat malam? haha biasalah tu.
Bercakap pasal tahun baru, azam pun kenelah baru. Umur pun dah baru. kan? so persekolahan pun barulah. Walaupun Cikgu Fatin bukan lagi cikgu tetap di sini tapi bukan bermakna adik-adik semua malas pergi sekolah kan? ^^
Tahun 2013 tentu lebih menarik lagi berbanding tahun lepas. Persiapan banyak telah dibuat. Rancangan pengajaran tahunan sudah dicipta mantap. Tinggal nak melaksanakannya sahaja. Murid-murid kita umur 4 tahun sudah ada basic membaca kan? senang tahun ni boleh diteruskan sahaja. Cikgu Salmah pun makin mantap ilmu pendidikannya selepas pergi kursus JPNIN. Cikgu Amira sudah mempunyai internet di rumah. Boleh update blog selalu, tiada masalah. hehe~

Tetapi walau apa2pun, misi kami tetap sama. Iaitu mendidik murid menjadi khalifah yang sebenar2. Yang penting mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Pandai ilmu akademik pada masa yang sama tidak lupa tangungjawabnya kepada tuhan dan orang-orang sekeliling yang sepatutnya diberi perhatian. Walau senakal manapun mereka, INGAT! , mereka masih kecil dan masih mudah dibentuk. Bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya". Ibubapa dan guru perlu bersabar dalam mendidik anak-anak. Mereka itu suci. Tiada dosa. Otak seperti span yang mudah menyerap segala ilmu yang diberikan. Janganlah kita kerana marah, menghamburkan kata-kata kesat kepada mereka. meskipun masih kecil, tetapi mereka ada perasaan. Perasaan yang akan dibawa-bawa sehingga mereka besar. Dan keadaan itulah yang akan menentukan siapa mereka bila dewasa nanti. Sama seperti kes orang trauma. Oleh itu marilah kita bersama-sama mendidik mereka dengan cara yang sebetulnya. Pada tahun baru ini, mari kita sama-sama berazam untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan, bukan sahaja khas untuk murid di tadika ini sahaja, tetapi kepada seluruh kanak-kanak yang berhak mendapat pendidikan!

-Cg Fatin :)

Saturday, 17 November 2012

Hari Ihtifal 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dikesempatan ini saya (Cg Fatin) masih ada peluang dan kerajinan untuk meng-update blog tadika kita ini.

Baiklah. Pada Sabtu yang lepas, 11 Nov 2012, Tadika Khalifah Iman telah mengadakan Hari Ihtifal untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang telah tamat belajar beserta murid-murid yang lain yang telah berjaya belajar sehingga ke akhir tahun dengan jayanya. :)

Luckily, saya telah bercuti selama seminggu dan berpeluang bertemu dengan anda semua pada hari tersebut. Dengan ini saya akan masukkan semua gambar2 suasana Hari Ihtifal kita..

(Scroll down pic)


*Permulaan*
Persiapan dan kehadiran ibubapa










 Aida, murid tahun 6 yang diraikan.




______________________________________________________________
*Ucapan pengerusi*


 Pengerusi Tadika Khalifah Iman, Tuan Hj Zamani.

 Pengerusi majlis, Tuan Hj Firdaus.

Para ibubapa.

Guru Besar, Ustzh Wan Noraini

_____________________________________________________________
*Persembahan anak-anak*






Video? click di sini --> vid1
                                         vid2
                                          vid3
_________________________________________________________
*Penyampaian Hadiah*


 Mohd Hadif

 Iman Sufi

 Muhd Shazrul

Abu Bakr

Muhd Rafiudin Naufal

Nur Alia Natasya

Nur Juhaidah

Yusro

Muhd Tajuddin

Muhd Sharulfizam

 *Kedatangan terbaik*


*Sijil Tamat Sekolah*
Nur Aida Rawiah

*Penghargaan Guru*
Cg Fatin

Cg Salmah

Cg Amira


_________________________________________________________
*Candid dan Lain-lain*




















:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...